Masker Untuk Mencerahkan, Menegang dan Melicinkan Kulit Wajah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya nak masukkan tips membuat masker khas untuk mencerah, melicin, menegang dan menghaluskan kulit wajah.
Bahan-bahan :
1) 1 sudu besar beras pulut yang telah digoreng (tanpa minyak) dan dikisar halus 2) 1 sudu besar susu tepung 3) 1/2 sudu besar madu 4) Telur putih daripada sebiji telur 5) Sedikit perahan limau nipis @ limau kasturi
Cara Penyediaan :
Campurkan ajer kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Pastikan masker yang anda buat itu tidak terlalu keras atau tidak terlalu cair. Kalau terlalu keras, lebihkan putih telur, kalau terlalu cair, tambahkan beras pulut dan susu tepung.
Cara Pemakaian :
Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Selepas itu, sapukan masker tadi dengan menggunakan jari manis dan jari tengah ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Perlu diingatkan, anda mesti menyapukan masker tersebut satu lapisan sahaja ke wajah anda. Jangan double. Sapuan akan menjadi tidak rata jika dibuat lebih daripada sekali. Biarkan ia sehingga kering. Jangan senyum, ketawa atau membuat sebarang mimik muka pada waktu ini. Setelah kering, tanggalkan perlahan-lahan masker tersebut menggunakan air suam-suam kuku. Masker ini akan melekat dengan agak kuat ke kulit wajah anda. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda berhati-hati semasa menanggalkannya. Buat perlahan-lahan sehingga semunya tanggal.
HASILNYA!!!
WOW! Saya dapat melihat wajah saya yang berseri-seri, terasa tegang dan licin sebaik sahaja masker ditanggalkan. Betul! Tak caya cubalah buat sendiri. Ooops terlupa pula. Waktu pemakaian masker adalah pada waktu malam atau pagi dan dibuat seminggu sekali sahaja. Jangan terlebih pakai lak. Ok, Selamat Mencuba.......
Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah,
Sihat