Assalamualaikum semua. Petua kali ini khas ditujukan kepada Safi dan pembaca-pembaca lain yang mengalmai masalah yang sama seperti Safi.
Petua ini saya dapat dari salah seorang forumer di sebuah laman forum dari indonesia iaitu http://kaskus.us. Forumer yang post petua ini mengatakan yang dia juga pernah mengalami masalah yang sama dan dia telah berjaya mengatasinya. Apa kata kita cuba petua darinya
Saya akan terjemahkan bahasa Indonesia tersebut. Petuanya begini :
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan gula pasir. Gaul dengan sebati, kemudian sapu atau urutkan ke atas bibir.
Katanya lagi, di samping petua ini berkesan menghilangkan bulu di atas bibirnya, insyaallah ia juga dapat membuatkan kulit nampak menarik.
Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah,
Sihat