Petua ni menggunakan serbuk kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan bedak sejuk dan sedikit air masak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Biarkannya semalaman, pagi baru basuh. (Psttt..sapa2 yg dah bersuami tu, agak2 ler yer. Basuh la muka tu sebelum tidur eik. Jangan risau, petua ni masih berkesan lagi). Heeee Lakukan petua ini seberapa kerap yang boleh
II) Susu Tepung + Air Mineral
Campurkan susu tepung dengan air mineral. Ingat, AIR MINERAL yer, sebab air ni baik untuk kesihatan badan dan kulit. Tepek-tepekkan ke muka seperti anda tepek bedak sejuk tu. Buat pada malam hari. Setelah kering basuh dengan air suam2 kuku. Amalkan 3 kali seminggu
III) Susu + Madu + Putih Telur
Campurkan kesemua bahan di atas, kacau hingga sebati. Sapukan ke muka kecuali kawasan mata dan atas bawah hidung. Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian, bilaslah dengan air bersih. Buat selalu
IV) Limau + Tepung Beras
Picit keluar jus limau nipis dan campurkan ia dengan sedikti tepung beras. Sebatikan ia, barulah disapukan ke muka. Tunggu hingga agak kering, kemudian bilaslah dengan air bersih. Jus limau tadi mungkin akan menyebabkan muka terasa pedih ikit. Kalau tak tahan, guna sedikit sahaja campuran limau tadi. Amalkan petua ni selalu
Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah,
Sihat