Petua Kecantikan Wanita
 

Add to Technorati Favorites
Wednesday, June 4, 2008
Harga Minyak Naik! 78 sen!


Aduh!! Saya dah tak boleh menulis topik berkaitan petua pada hari ini kerana asyik memikirkan cara-cara mengatasi masalah yang bakal dihadapi kesan kenaikan harga minyak. Pasti harga barang-barang keperluan akan meningkat naik selepas ini!

Ini bukan kira nak hidup bermewah dah ni. Ini berkira untuk survive ni. How to survive? Kalau sebelum ni pun saving "bocor" sana sini, inikan pula sekarang. Waduh waduh!

Kenaikan harga minyak pada kali ini adalah paling tinggi dalam sejarah. Harga naik sehingga RM 2.70 seliter bagi petrol dan RM 2.58 seliter bagi diesel. Tinggi, memang sangat tinggi. Mampukah nanti pemilik lori yang menghantar sayur membiayai kenaikan harga minyak ni? Mampukah nanti pemilik lori beras membiayai kenaikan harga minyak ni? Mampukah pemilik bot menangkap ikan nanti membiayai kenaikan harga diesel ni? So, kalau tak mampu nak buat macam mana lagi selain menjual barang-barang tersebut dengan harga lebih mahal berbanding sekarang? Sama-samalah kita fikirkan dan cari jalan penyelesaian siap-siap.

Siapa-siapa yang bercita-cita nak beli kereta, nak tukar kereta, kena juga fikir-fikirkan. Mampukah "membela" kereta tu nanti? Atau bolehkah kita mengehadkan penggunaannya nanti? Macam lawak lak. Beli kereta then letak kat bawah bumbung garaj. Kekekeke. Apa nak buat? Kereta makan minyak. Nak beli sang Kancil lak, family besar. Macam mana? Hmmm.. Nampaknya selepas ni kalau ada pengeluar kereta yang nak mengeluarkan model baru, kenalah pastikan yang model kereta tersebut betul-betul mampu di'biayai' oleh pengguna. Kalau boleh buat model yang save minyk, lagilahhh mudah jual.

Pengeluar dan pengedar produk kosmetk pun akan menghadapi kesan besar hasil kenaikan minyak ini. Apa nak buat, semua benda, bahan, promosi perlu 'bergerak'. Nak bergerak perlukan kereta. Kereta pula perlu isi minyak, baru boleh jalan. So, macam mana tu? FIkir-fikirkanlah sendiri...

Jadi seruan saya, bagi mereka yang betul-betul mahu menjaga kecantikan diri, tapi 'fulus' pulak jadi halangan, sama-samalah kita 'tukar' kosmetik kita kepada yang mudah, murah atau 'free of charge' terus. Gunalah bahan semulajadi yang boleh kita ambil kat rumah sahaja.Syampu gantikan dengan limau purut, cuci muka gantikan dengan beras pulut atau parutan lobak merah, pelembab gantikan dengan susu, nak cerahkan muka gantikan dengan lobak merah atau beras pulut, nak tegangkan kulit muka licinkan kulit muka gunakanlah telur putih. Tak payah pakai bedak mahal, pakai ajer bedak sejuk. Murah dan SEJUKKKK!!! Hehehehe...

Akhir kata, sama-samalah kita berfikir dan mencari alternatif lain ke arah meningkatkan taraf hidup yang semakin menurun ini. Semoga Allah bersama-sama dengan kita. Amin...

Labels: , , ,

posted by yatie @ 5:38 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 




About Me : Yatie
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Jom Borak!

Menu
Iklan
Petua Terkini
Langgan Petua Secara Percuma Di Sini
Petua Paling Popular Di Blog Ini
Link Yang Mesti Anda Suka Punya!!!
Archives
IKLAN : Produk dan Servis Berkaitan Wanita
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah, Sihat
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Powered by


Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Top Blogs
Blog Listings

Top Health blogs
All-Blogs.net directory


Malaysia Blog Sites Listing
Listed in LS Blogs





TIps Cantik's Community
Windows Shopping