Yogurt : Menggebukan kulit, Menghindarkan Jerawat dan Melangsingkan Badan
Anda suka yogurt? Anda perlu suka yogurt selepas ini kerana yogurt dapat menjadikan wajah anda cerah dan gebu.
Bukan fakta, tapi ini berdasarkan pengalaman seorang kawan saya (pangkat kakak la) yang kini berusia 41 tahun. Dia pernah mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat (masalah jerawat yang tak serius). Bermacam produk menghilangkan jerawat yang dia pakai namun kurang menampakkan hasil yang dia inginkan.
Tapi beberapa bulan kebelakangan ini, saya nampak kulit dia begitu gebu. Dia pula dalam kategori orang berkulit cerah. Cerah+Gebu, nampak dia cantik sangatttt. Saya tanya la apa lagi produk yang dia pakai. Jawabnya, 'akak tak pakai produk baru apapun,cuma sekarang ni akak selalu ambil yogurt dan selalu minum air mineral'. OOhhh itu rahsianya. Mudah jer, makan jer eik...Hmmmm...semenjak hari itu, saya pun semakin rajin mengambil yogurt dan banyakkan minum air mineral dalam diet seharian.
Tak salah mencuba kan? Lagipun, menurut sebuah majalah kesihatan yang saya baca, wanita yang memakan yogurt setiap hari dapat melangsingkan bahagian perutnya dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambil yogurt.
1) Perah lemon, campurkan perahan tadi dengan air suam. Kemudian sapulah pada kawasan mata yang gelap itu. Lakukan sekali setiap hari
2) Ambil uncang teh, masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Setelah itu, keluarkan dan letakkan pada mata. Biarkan selama 10-15 minit. Buat selalu terutamanya selepas bangun dari tidur
3) Potong nipis (potong sebesar kelopak mata) kentang. Then masukkan ke dalam peti sejuk sebentar. Setelah itu letakkan pada mata. Tunggu sehingga 10-15 minit, buat setiap hari
Ambil kapur makan, campurkan dengan jus limau nipis. Sebatikan kedua-dua bahan. Sapukan campuran limau dna kapur ini pada bahagian perut yang buncit. Cover bahagian perut dengan bengkung.
Notes:
Guna bengkung biasa yang boleh didapati di pasaraya-pasaraya. Tak perlu yang berlilit2, nanti susah nak pakai. Bila susah nak pakai kita jadi malas lak nak pakai. Pemakaian bengkung akan mempercepatkan proses melangsingkan bahagian perut yang buncit ini.
Semasa melalui tempoh berpantang tempohari, sy membaca banyak info mengenai kesihatan. Banyak juga petua yg sy praktikkan. Maklum saja, saya melalui kelahiran secara pembedahan. Jadi nk kena jaga badan dengan cara lain sikit daripada jika bersalin normal. Ada satu petua yg saya amalkan. Ia baik terutama bagi ibu2 yg bersalin melalui pembedahan. Petua ni hanya menggunakan daun inai sahaja kerana daun inai dikatakan baik untuk merawat luka dalaman. Wajah pun insyaallah akan menjadi semakin berseri.
Caranya pun mudah iaitu dengan memakan daun inai tersebut 7 helai pagi dan 7 helai malam.
Mcm mana nk makan? Terpulanglah. Tapi apa yg saya buat, saya tumbuk ke semua 7 helai daun tu, then letak kat tekak lepas tu telan dengan air. Lagipun 7 helai jer. Daun inai tu kan kecil jer, so selepas ditumbuk, kuantitinya akan jadi sikit jer. So, mudah nk telan.
Saya dh cuba. Alhamdulillah, selepas mengamalkannya beberapa hari, sakit dn bisa pembedahan tu hilang sedikit demi sedikit.
Petua ni dari seorang saudara perempuan saya. Memang bulu di badan dia nampak seperti lelaki! Ini cara dia menanggalkan bulu2 di badannya especially pada betis :
Rendam semalaman segenggam kacang hijau. Keesokannya, toskan airnya dan blend kering kacang tadi. Selepas itu campurkan dengan sedikit air (agak2 kepekatan ramuan ni ala2 scrub gitu). Apply pada bahagian yang berbulu, tunggu beberapa ketika sehingga nampak agak kering (jangan terlalu kering), selepas itu gosokkan bahagian ini sehingga keluar semua ramuan kacang hijau tadi. Buat perlahan2. Kemudian bilas dengan air suam.
Buat petua ini dengan kerap. Jangan mengharapkan hasil yang cepat kerana proses ini akan memakan masa.
Hehehe...bagi mereka yang mempunyai masalah payudara yang kurang 'mantap' (terutama selepas melalui tempoh menyusui bayi yang lama), anda boleh mencuba petua ini :
Ambil beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun ke atasnya, kemudian salai di atas api sehingga daun nampak sedikit layu. Tekapkan ia ke payudara selama beberapa minit.
Lakukan petua ini 2-3 kali dalam seminggu.
Anda mungkin menganggap petua ini agak lambat untuk menunjukkan hasil. Tapi percayalah, jika anda rajin melakukannya, Insyaallah anda akan dapat melihat hasilnya yang pasti mengejutkan anda nanti. Bagi saya "Biarlah Lambat, Asalkan Selamat"
Petua ni ditujukan khas untuk ain dan pembaca-pembaca lain yang mungkin mengalami masalah yang sama seperti ain.
Pertama sekali, biar saya kupas dahulu masalah ini mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan yang saya kenal. Masalah kulit muka yang cepat terbakar ni kemungkinan besar disebabkan oleh kulit muka kita dah terlalu nipis. Mungkin disebabkan guna produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah atau produk yang mempunyai bahan pengikis kulit. Kira-kira 10 tahun lepas, saya juga pernah menggunakan sejenis produk yang menggunakan hydroquinone untuk merawat masalah jerawat saya. Masa mula-mula pakai memang nampak cantik, berseri-seri. Tapi lama-kelamaan kulit wajah saya dah jadi macam udang, kena panas sikit dah terbakar. So, saya ambil keputusan untuk berhenti memakai produk seperti itu. Then lepas itulah saya mula berjinak-jinak dan ambil tahu mengenai petua-petui ni semua.
Petua Merawat Sunburn :
Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah
Sebenarnya petua ni dipaparkan atas permintaan salah seorang daripada pembaca ruangan ini iaitu sapura.
Seperti sapura, kebanyakan wanita selepas bersalin (termasuk diri saya sendiri) mengalami masalah kulit muka yang kering. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan / penawar yang kita makan semasa dalam tempoh berpantang.
Sebenarnya keadaan ini biasanya akan hilang selepas beberapa bulan melahirkan (ikut pengalaman sendiri dan rakan-rakan). Tetapi sementara itu, kita pasti tak nak juga melihat kulit muka yang kering dan nampak tak cantik kan.
Disebabkan itu, pada hari ini saya akan kongsi sedikit petua untuk melembabkan kulit wajah.
Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.
Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.
Cubalah yer..Dan apa kata selepas mencuba, masukkan hasilnya pada ruangan komen di bawah ini
Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :
Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.
Seperti yang saya katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup (ikut pengalaman sayalah). Saya menanam tumbuh-tumbuhan ini dalam pasu sahaja. Bagi tumbuh-tumbuhan yang susah hidup pula, saya nasihatkan dapatkan pandangan pakar dalam bidang ini untuk membolehkan anda menanam tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat baik kepada kesihatan mahupun kecantikan anda.
Prinsip kecantikan yang saya amalkan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikanku" :P
Saya apply petua ni selepas baca dalam sebuah majalah hiburan. Nak sebut pun dah lupa lak majalah apakah itu.
Sebenarnya majalah ni ada ruangan petua kecantikan para artis. Kalau tak silap saya petua menggebukan dan mencerahkan kulit badan ni digunapakai oleh zila bakarin kot...Kulit dia pun cantik kan?
Petua dia mudah jer :
Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Saya pun dah cuba petua ni. Saya buat 2 minggu sekali.
Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.
Rakan-rakan seusia saya yang telah melebihi umur 25 tahun mesti dah mengalami masalah sedikit kedut di muka kan?
So, apa yang kita buat? Cari krim anti-wrinkle? Cucuk vitamin C? Botox(no no) atau ikut macam dalam cerita susuk? Minta dijauhkan la yer amalan-amalan seperti itu.
Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.
Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk
Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.
Hmm..panjang pula celoteh saya ni ek. Sorry...So dipendekkan ceritalah, inilah serba sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :
Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...
Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.
Sebenarnya petua kali ini adalah untuk menjawab persoalan salah seorang daripada pembaca ruangan ini mengenai petua untuk kembali lansing selepas bersalin.
Tapi petua yang akan saya cadangkan ini mesti dilakukan dalam tempoh berpantang. Ini pun berdasarkan pengalaman saya dulu.
Semasa menandungkan anak pertama dulu (sekarang tengah pregnant 6 bulan. heee), berat badan saya naik sehingga 78 kg. Berat asal saya 50 kg. Memang saya betul-betul berisi pada masa tu. Kata orang bagai dipam-pam. Inilah antara yang saya buat sepanjang tempoh berpantang yang saya rasa menyumbang kepada penurunan berat badan saya :
1) Menyusu baby dengan susu sendiri (susu ibu)
- Kalau rasa kurang yakin anda boleh menyusu sendiri baby anda, silalah ke laman web www.susuibu.com. Saya banyak mendapat manfaat daripada laman tersebut, terutama sekali dari ruangan forum susuibu.com
2)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda
- Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu 3) Mandilah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan herba dan akar-akar kayu
- Masa saya tengah berpantang, ibu dan nenek mentua saya menyediakan mandian yang bercampur daun pisang kelat (kering), daun serai wangi, daun inai dan (ada lagi ni sebenarnya tapi saya ingat-ingat lupa la pulak). Air sejuk yang akan disampurkan dengan air panas (hasil rebusan herba dan akar kayu) mestilah air yang telahpun dimasak terlebih dahulu. Barulah angin tak mudah masuk ke dalam badan.
4) Minum air rebusan daun inai.
- Minum yang sedang suam/panas. Minum yang telah sejuk pun ok, tapi kurang berkesan. Saya meminum air rebusan inai ini dua kali sehari (sebelum mandi pagi dan di waktu petang)
5) Bertunku
- Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut
Dengan mengamalkan petua-petua di atas, berat badan saya kembali kepada asal (50 kg) sebaik habis pantang. Alhamdulillah. Dan memang selepas itupun saya tak pernah mengambil sebarang pil atau ubatan untuk melangsingkan badan.
Cubalah. Semoga petua ini dapat membantu ibu-ibu yang akan melahirkan nanti
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian
Ada tak antara anda yang teringin mempunyai bulu kening yang agak jarang dan nipis? Kadang-kadang seperti kelihatan tiada bulu kening langsung pada wajah. Keadaan ini sedikit sebanyak menjadikan wajah kurang serinya kan?
Bagi mereka yang berkening nipis, saya ada sedikit petua kat sini. Satu petua sahaja, mungkin di kemudian hari saya boleh tambahkan lagi petua melebatkan bulu kening ni. Kena buat research dan interview dulu...
Baiklah, ini petuanya yer...
Bahan-bahan
1) Beberapa tangkai daun sirih 2) Lendir daun lidah buaya
Cara Pemakaian
Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.
Masker Untuk Mencerahkan, Menegang dan Melicinkan Kulit Wajah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya nak masukkan tips membuat masker khas untuk mencerah, melicin, menegang dan menghaluskan kulit wajah.
Bahan-bahan :
1) 1 sudu besar beras pulut yang telah digoreng (tanpa minyak) dan dikisar halus 2) 1 sudu besar susu tepung 3) 1/2 sudu besar madu 4) Telur putih daripada sebiji telur 5) Sedikit perahan limau nipis @ limau kasturi
Cara Penyediaan :
Campurkan ajer kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Pastikan masker yang anda buat itu tidak terlalu keras atau tidak terlalu cair. Kalau terlalu keras, lebihkan putih telur, kalau terlalu cair, tambahkan beras pulut dan susu tepung.
Cara Pemakaian :
Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Selepas itu, sapukan masker tadi dengan menggunakan jari manis dan jari tengah ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Perlu diingatkan, anda mesti menyapukan masker tersebut satu lapisan sahaja ke wajah anda. Jangan double. Sapuan akan menjadi tidak rata jika dibuat lebih daripada sekali. Biarkan ia sehingga kering. Jangan senyum, ketawa atau membuat sebarang mimik muka pada waktu ini. Setelah kering, tanggalkan perlahan-lahan masker tersebut menggunakan air suam-suam kuku. Masker ini akan melekat dengan agak kuat ke kulit wajah anda. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda berhati-hati semasa menanggalkannya. Buat perlahan-lahan sehingga semunya tanggal.
HASILNYA!!!
WOW! Saya dapat melihat wajah saya yang berseri-seri, terasa tegang dan licin sebaik sahaja masker ditanggalkan. Betul! Tak caya cubalah buat sendiri. Ooops terlupa pula. Waktu pemakaian masker adalah pada waktu malam atau pagi dan dibuat seminggu sekali sahaja. Jangan terlebih pakai lak. Ok, Selamat Mencuba.......
Petua Melembut dan Membuatkan Rambut Cantik Bersinar
Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh ni blh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar.
Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Then campurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelas tersebut dan biarkannya semalaman.
Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yang telah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon (ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali bersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinar selepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.
Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipis sebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikan conditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengan secawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.
Kepada pembaca setia petua-kecantikan.duniamama.com
Di sini ada sedikit pengumuman. Disebabkan beberapa masalah teknikal, saya tidak dapat renew hosting dan juga domain duniamama.com. Oleh sebab itu saya terpaksa register domain name lain dan juga membeli hosting lain. Memang agak memenatkan untuk transfer semua petua dari laman web duniamama ke sini. Tapi untuk laman kesayangan saya ini, saya usaha juga!Sampai berjaya. Insyaallah...saya akan masukkan semua petua yang ada kat laman web duniamama.com ke sini.
Jadi, teruskan kesetiaan anda bersama saya, kerana lebih banyak lagi petua yang akan saya paparkan nanti. Insyaallah....
Kosmetik pemutih wajah melambak di pasaran sekarang ini. Dengan pelbagai slogan dan janji, pasti susah untuk memilih produk mana yang paling sesuai dengan kulit kita.
Apa kata cuba cara semulajadi ini untuk menjadikan kulit putih, cantik dan berseri-seri.
Ramuan yang diperlukan :
Sebiji buah tomato masak
250 ml susu cair
Air secukupnya
Cara-cara
1. Kisar buah tomato yang telah dipotong kecil
2. Setelah separuh halus, tambahkan sedikit air
3. Tapis jus tomato yang telah dikisar tadi untuk membuang hampasnya
4. Campurkan susu ke dalam jus tomato yang telah dibuang hampasnya tadi. Kacau rata
5. Masukkan ke dalam botol kecil dan kemudian simpan ke dalam peti ais anda
Cara Pemakaian :
Sapukan ramuan pada wajah dan leher dengan kapas dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bersihkan seperti biasa dengan air.
Apa yang boleh dibuat sekiranya tiba-tiba wajah dicacatkan dengan jerawat pada masa yang tidak sepatutnya? Nak dating, nak bertunang, nak kahwin...Kan ker masalah tu?
Mari kita sama-sama cari penyelesaiannya. Di bawah ni saya senaraikan langkah-langkah kecemasan (first aid) yang boleh anda apply untuk membantu menghapuskan jerawat yang mencacatkan kecantikan anda :
1) Apply yogurt pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat selama 10 minit. Kemudian cuci muka seperti biasa. Enzim yang terdapat pada yogurt dikatakan dapat menghapuskan bakteria jerawat dan membersihkan kulit muka
2) Bawang putih boleh menjadi bahan antiseptik yang baik dan sesuai untuk menghapuskan bakteria jerawat. Caranya, ambil seulas bawang putih, satu sudu kecil madu, satu sudu kecil jus carrot dan sebiji putih telur. Pukul telur putih sehingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain dan pukul sehingga sebati. Gunakan ramuan ini pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Insyaallah, jerawat akan segera mengecut dan hilang.
Apa Quick Fix? Oleh kerana dah banyak permintaan yang rasanya tak sempat saya nk post satu-satu, jadi saya masukkan semua jawapan mengenai petua kepada soalan-soalan yang diutarakan pada shoutbox di sebelah. Kepada adik-adik dan kakak-kakak yang bertanyakan soalan, tetapi tiada jawapannya di sini, saya minta maaf banyak2. Sebab, ada antara persoalan yang ditanyakan tidak dapat saya jawab, mungkin kerana saya sendiri tidak pernah mengalami masalah tersebut ataupun saya masih belum bertemu dengan mana-mana sumber bagi mendapatkan petua tersebut.
Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut
i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak
ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Petua daun rambutan ni saya amalkan masa kecik-kecik dulu. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...
Petua 2 : Merawat Bibir Yang Hitam
Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Menurut salah seorang rakan saya, lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.
Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti:P
ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Petua 3 : Petua Kuruskan Badan (lari tajuk sikit)
Saya hanya amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!
Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini.
Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.
Semoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)
Petua Mengurangkan Rambut Gugur :
Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.
p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.
Saya agak terlewat dari jadual pada malam ini untuk melakukan post yang seterusnya. Makteh saya baru menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 10 mlm tadi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.
Baiklan untuk post malam ini, saya akan masukkan petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang saya postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari petua ini selama ini
Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.
Petua 2
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.
KELETIHAN MATA
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.
Saya ingin menceritakan bagaimana saya get rid of jerawat selama ni. Semoga ia boleh dijadikan panduan dan idea kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.
Dahulu, bagi saya jerawat adalah musuh paling utama. Pantang naik jerawat, pasti saya akan berasa susah hati. Kebiasaannya jerawat, jika ada hanya satu pun, pasti ia akan mencacatkan wajah dan keseluruhan penampilan. Saya memang benci jerawat!
Wajah saya mula ditumbuhi jerawat sekitar usia saya 18 sehingga 24 tahun. Lama kan? Sepanjang tempoh itu, pelbagai ubat dan produk telah saya cuba. Pantang dengar kawan-kawan bercakap mengenai sesuatu produk, pasti esoknya saya akan cari sampai dapat. Tapi malangnya, semua produk yang telah saya cuba selama 7 tahun itu gagal mengatasi masalah jerawat yang saya alami.
Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, saya jadi agak sibuk melayan suami sehingga ter’leka’ seketika dengan masalah jerawat saya. Lama juga saya tidak mencuba apa-apa produk sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa dengan artikel dalam satu majalah yang memaparkan petua menghilangkan jerawat. Petua tersebut menyarankan agar menggunakan serbuk kacang hijau sebagai ganti kepada pembersih muka.
Memang pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan petua tersebut. Tetapi setelah mencubanya selama sebulan, saya telah dapat melihat kesannya. Walaupun pada masa itu saya hamil, namun kulit muka saya dapat dijaga dengan baik dan terhindar daripada jerawat menggunakan petua kacang hijau ini. Suami saya juga mengiyakan keajaiban kacang hijau ini kerana kebiasaannya kulit wanita hamil lebih mudah mengeluarkan minyak dan berjerawat. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku kepada saya.
Bagaimana rutin penjagaan kulit saya pada masa itu? Ianya amat mudah dan ringkas. Saya mencuci muka dengan serbuk kacang hijau pada sebelah pagi dan kemudian terus mengenakan sunblock (Body Shop White Range) sebelum memakai bedak serbuk (Reena’s ). Menurut kakak kat kiosk yang menjual produk penjagaan muka yang saya temui, wanita yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu menggunakan pelembab. Sunblock dah mencukupi. Dan lagi satu, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang jenis foundation dan bedak selain bedak serbuk pada muka. Ia akan menutupi pori-pori kulit wajah dan akan mengurung lebih banyak minyak dalam pori-pori tersebut, yang akhirnya akan menghasilkan jerawat.
Itulah rutin penjagaan wajah yang mudah yang saya amalkan sehingga kini. Kacang hijau, sunblock, bedak serbuk. Pada sebelah malam pula, saya hanya akan membasuh muka dengan kacang hijau sebelum masuk tidur.
Tapi perlu diingatkan di sini. Kepada sesiapa yang ingin mengamalkan petua mencuci muka dengan kacang hijau, tekstur kacang hijau tersebut mesti benar-benar halus. Jika tidak, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kering dan mengelupas.
Bagaimana pula dengan anda. Apa kata klik ruangan “comment” di bawah dan ceritakan pengalaman anda dalam menangani masalah jerawat yang pernah anda alami.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca
Petua Jerawat Siri 1 :
Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.
Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebihcerah dan lebih berseri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
Rasanya dah sebulan lebih saya tak berkesempatan untuk update blog petua ni. Dah banyak pertanyaan yang tak sempat dibalas. So,hari ni saya ambil sedikit masa untuk update semua pertanyaan tersebut (sebahagiannya saya dah jawab kat shoutbox)
1) Untuk Antz - Menghilangkan Parut
Antz dah cuba ke petua kat sini?. Ada beberapa petua yang saya masukkan kat bahagian ni. Lagi satu, ada juga kengkawan saya yang gunakan gel gamat (untuk sapuan) dan gamat yang dibuat dalam bentuk supplemen untuk menghilangkan parut ni. Ramai yang memberikan komen positif bila menggunakan produk yang dihasilkan dari gamat.
2) Untuk Nani dan Ayu - Kulit menjadi gelap kerana bersukan
Tak dinafikan bersukan terutama jika masanya selalu pada waktu tengahari, akan menjadikan kulit gelap, lebih-lebih lagi bagi yang bertudung. Saya pun bertudung juga,jadi saya tahu masalah ni. Adalah lebih baik jika menggunakan pelindung matahari (sunblock) yang tinggi kandungan SPFnya. Mungkin dari SPF 20 ke SPF 30. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Jadi langkah permulaan bagi masalah ini adalah dengan pemakaian pelindung matahari yang sesuai dengan gaya hidup dan aktiviti seharian kita. Kalau gaya hidup kita memerlukan pendedahan yang kerap terhadap matahari, kenalah gunakan pelindung matahari yang tinggi kandungan SPFnya berbanding mereka yang tinggal di dalam rumah atau pejabat. Kalau tak pasti pelindung matahari yang sesuai dengan kita, cuba tanyakan kepada jurujual produk pelindung matahari tersebut.
Tapi jika kulit memang sudah terbakar, insyaallah ada juga penawar semulajadinya. Cuba selak kat mukasurat ni. Sebelum guna mana-mana petua yang ada kat situ, apa kata mulakan dengan meletakkan timun (dihiris) atau timun yang telah diparut/dimesin terlebih dahulu. Timun kan boleh menyejukkan. Kulit muka saya tak pernah terbakar teruk. Tapi ada rakan-rakan yang aktif bersukan mencampurkan pati timun yagn telah dimesin dengan bedak sejuk. Pakai diwaktu malam sebelum tidur.. Esoknya mesti rasa lebih nyaman. Cubalah.
3) Petua Melangsingkan Badan
Tiada jalan mudah untuk kurus. Jangan marah eik..Itu semua berdasarkan pengalaman saya ajer. Saya tak berani nak makan pil-pil atau apa-apa makanan/minuman untuk kurus. Agaknya takut bila tengok bermacam-macam side effect yang terkena pada pengguna-pengguna beberapa produk tertentu.
Masa dalam pantang, saya amalkan petua air limau nipis+kapur makan. Kapur dan limau nipis boleh memecahkan lemak. Saya sapu campuran tersebut ke perut, then pakai bengkung. Alah, bengkung yang biasa ajer, yang ada jual kat pasaraya-pasaraya - biasanya bahagian bra and panties tuuu...Berkesan juga petua ni sebenarnya.
Selepas tempoh berpantang, saya amalkan meminum air panas setiap hari. Air panas tu janganlah minum waktu panas menggelegak, nanti terbakar lidah, dah bisu pulak sorang. Heheh..Tuangkan air panas ke dalam gelas kaca, tunggu kejap sampai agak-agak boleh minum, lepas tu minum sedikit demi sedikit. Ambil masa, jangan telan semuanya. Jangan ambil minuman berais atau bergas terus. Minuman berais dan bergas boleh menyebabkan badan nampak "kembang" semacam.
Pengambilan dan penyediaan makanan pun kena perhatikan juga. Baru semalam saya terbaca (tak ingat kat mana). Ada sorang pakar aerobik mengatakan untuk kurus hanya perlu exercise 20%, selebihnya 80% adalah pengambilan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula, lemak dan minyak dalam makanan. So, kenalah jaga makanan kan. Kalau pergi beli makanan, pilih makanan yang nampak kurang lemak dan minyak jer. Kalau dah nampak minyak berlinang penuh, janganlah beli.
Untuk exercise, kdg2 nk buat sendiri susah juga kan? Dengan tak ckp masa, kalau yang dah ada anak, anak2 ganggu. Mungkin masalah kita tak sama, tapi apa yang saya buat, saya akan bangun pagi2 sebelum sesiapa bangun. Anak ke suami. Masa tu bolehlah exercise dengan tenang. Sekarang saya buat Yoga For Beginner. Mudah, tapi dalam masa yang singkat dah nampak perubahan (kata suami sayalah). Cuma sekarang tgh pregnant, saya tak berani lagi buat exercise tu, saya cuma buat exercise/yoga khas untuk ibu mengandung ajer.
Hmmm...banyak juga celoteh saya kali ni. Maklumlah, dah lama tak berblog. Kepada sesiapa yang ada soalan/perbincangan yang nak dibuat secara tertutup, boleh juga email kepada saya di alamat safiyyaharyssa at gmail.com.
Ok semoga segala yang dipaparkan di sini pada kali ini memberi manfaat kepada semua pambaca yang saya hormati sekalian. Semoga berjumpa lagi....
Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)
Petua Pertama :
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.
Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.
Petua Kedua :
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.
Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).
Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.
Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.
Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.
*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.