Petua Kecantikan Wanita
 

Add to Technorati Favorites
Monday, April 28, 2008
Bibir Lebih Merah Memukau


1) Gunakan tomato. Potong tomato dan sapukan isinya pada bibir setiap hari. Buatlah selalu, pasti bibir anda akan kelihatan lebih merah, segar dan memukau sesiapa sahaja!

2) Gunakan kunyit hidup dan pati santan. Tumbuk kunyit hidup, perah dan ambl airnya. Campurkan dengan pati santan. Setelah itu sapukan ke bibir. Hmmmm..pasti bibir nampak lebih lembab dan segar. Lakukan 2-3 kali seminggu

Labels: ,

posted by yatie @ 5:28 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Monday, April 21, 2008
MENINGKATKAN SERI WAJAH


1) Menggunakan beras dan kunyit hidup. Kunyit hidup, boleh beli kat pasar jer, ada. Caranya gorang secawan beras dengan kunyit hidup hingga bertukar ke warna hitam.Kemudian blen, then sapukan ke muka dan badan sebelum mandi

2) Ambil beberapa helai daun pegaga. Basuh dan blend sehingga hancur. Kemudian perahkan beberapa titis air limau. Gaul rata sebelum disapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Buat selalu

3) Air rebusan kurma merah. Caranya rebus kurma merah (sukatan ikut suka, kalau nak banyak kena rebus banyak juga). Setelah masak, masukkan air rebusan ke dalam gelas dan campurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun ke dalamnya. Minum 1 atau 2 kali sehari.

4) Rendam serbuk teh, masukkan ke peti ais dan biarkan semalaman. Pagi esoknya, selawat sebanyak 3 kali dan sapulah air rendaman serbuk teh tadi ke seluruh muka sebelum mandi. Kulit anda akan beransur2 menjadi licin, halus dan juga berseri

5) Air rebusan inai. Ambil segenggam inai, rebus dan biarkan sejuk. Bila sejuk, berselawat 3 kali sambil menyapu air inai tadi ke seluruh muka. Amalkan selama 3 malam berturut2, anda akan dapat melihat hasilnya nanti

Labels: ,

posted by yatie @ 11:43 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Webmaster-Iklankan Perniagaan Anda Di Sini


UNTUK MAKLUMAN

Bagi memenuhi matlamat blog ini untuk menjadi sumber rujukan utama wanita Malaysia, saya ingin mengajak para webmaster yang mempunyai perniagaan atau servis berkaitan wanita untuk menyewa ruang iklan di laman blog ini.

Iklan anda akan dimasukkan ke bahagian sebelah kanan blog (sidebar) yang bertajuk "Iklan : Produk dan Servis Berkaitan Wanita". Iklan anda akan diletakkan selama sebulan sebelum dimasukkan ke dalam ruangan post yang bertajuk "Produk dan Servis Berkaitan Wanita". Laman web anda akan kekal di situ selagi laman blog ini wujud. Jika anda mahu mengiklankan laman web anda di ruangan 'sidebar' semula, anda perlu membuat pembayaran sekali lagi.

Berapa bayarannya? Murah. RM 5 untuk sebulan iklan laman web anda diletakkan ke bahagian sidebar. Selepas sebulan, iklan laman web anda akan terus ditransfer ke bahagian posting dan kekal di situ selama mana laman blog ini wujud. Jika anda mahu iklan laman web anda diletakkan pada sidebar, anda perlu membuat bayaran sekali lagi.

Bagaimana mendaftar?

Hantar email kepada saya di e.norhayati at gmail.com. Saya akan review laman web anda (untuk memastikan ianya tiada unsur2 yang menyalahi undang-undang dan agama). Setelah itu, saya akan menghantar email kepada anda untuk meminta anda membuat pembayaran sebanyak RM 5. Selepas anda confirmkan pembayaran, iklan laman web anda akan terus dipaparkan.

Mulalah hantar email kepada saya sekarang. Ini format kandungan email yang perlu anda hantar :

Subject : Add Link Petua Kecantikan
To : e.norhayati at gmail.com


Dalam bahagian mesej, masukkan :

1) Tajuk iklan anda / tajuk laman web
2) Keterangan iklan / keterangan laman web
3) URL laman web anda

Labels: , ,

posted by yatie @ 9:37 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Sunday, April 20, 2008
Menghilangkan Kumis dan Bulu Nipis Di Atas Bibir


Assalamualaikum semua. Petua kali ini khas ditujukan kepada Safi dan pembaca-pembaca lain yang mengalmai masalah yang sama seperti Safi.

Petua ini saya dapat dari salah seorang forumer di sebuah laman forum dari indonesia iaitu http://kaskus.us. Forumer yang post petua ini mengatakan yang dia juga pernah mengalami masalah yang sama dan dia telah berjaya mengatasinya. Apa kata kita cuba petua darinya

Saya akan terjemahkan bahasa Indonesia tersebut. Petuanya begini :

Perah jus limau nipis dan campurkan dengan gula pasir. Gaul dengan sebati, kemudian sapu atau urutkan ke atas bibir.

Katanya lagi, di samping petua ini berkesan menghilangkan bulu di atas bibirnya, insyaallah ia juga dapat membuatkan kulit nampak menarik.

Labels: ,

posted by yatie @ 11:32 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Saturday, April 19, 2008
Petua Suami Isteri (Kekekeke)


Yang belum jadi isteri pun leh baca juga nih. Heee..Ambil tahu awal2 takpe, jangan praktikkan awal2 dah ler..

Petua ni bukan origrinally from saya, tapi saya ambil daripada sebuah laman forum malaysia yang terkenal http://www.melayu.sg/forum. Apa salahnya berkongsi maklumat kan.

Saya belum cuba lagi sebab baru hari ni saja ketemu dengan petua ni. Insyaallah, saya akan cuba. Nampak macam menarik petua ni :

Bahan-bahannya:

Limau nipis 1 biji
Jintan 5 gram
Kunyit 15 gram
Bunga delima 10 gram

Caranya :
jintan, kunyit dan bunga delima ditumbuk jadi satu lalu dicampur air 3/4 gelas . Limau nipis diperah untuk diambil airnya dan di masukkan ke dalam ramuan tadi dan dikacau sampai rata.Kegunaannya,diminum menjelang makan malam, lakukan dua hari dalam seminggu (originally dia tulis 2 hari sekali, tp bila fikir balik camna nak buat 2 kali sehari padahal minum menjelang makan malam), insyaallah tengok la hasilnya...............

Labels: , , ,

posted by yatie @ 12:38 AM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Wednesday, April 9, 2008
Wanita Selepas Bersalin - Bagaimana Mengempiskan Perut


1) Masak asam jawa (ikut suka sebanyak mana) dengan air sehingga agak pekat. Kemudian, sapukanlah ke bahagian perut semasa masih suam, dan cover dengan bengkung.

2) Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis dan gaul bersama dengan kapur sirih. Sapukan adunan ini pada perut serta sudahi dengan pemakaian bengkung selepas itu. Pakai bengkung bersama ramuan ini selama lebih kurang 8 jam setiap hari

Labels: , ,

posted by yatie @ 9:44 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Tuesday, April 8, 2008
Memudarkan dan Memutihkan Ketiak Yang Kehitaman


Jika anda pernah gemuk, anda mungkin mengalami masalah ketiak yang hitam. Di bawah saya paparkan petua untuk memutihkan kembali ketiak yang hitam tak kiralah kehitaman dia tu disebabkan oleh gemuk atau lain-lain. Ini petuanya yer :

Ambil jus limau (limau nipis atau limau kasturi) dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Kepekatannya tu agak-agak saja, asal nampak senang untuk disapukan ke ketiak anda. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan ramuan tu selama 15 minit di ketiak anda. Kemudian cucilah dengan air yang bersih. Petua ni elok diamalkan sebanyak 2-3 kali dalam seminggu.

Labels: ,

posted by yatie @ 2:01 AM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Saturday, April 5, 2008
Petua Menghindarkan Jerawat


I) Kulit Kayu Manis + Bedak Sejuk

Petua ni menggunakan serbuk kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan bedak sejuk dan sedikit air masak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Biarkannya semalaman, pagi baru basuh. (Psttt..sapa2 yg dah bersuami tu, agak2 ler yer. Basuh la muka tu sebelum tidur eik. Jangan risau, petua ni masih berkesan lagi). Heeee
Lakukan petua ini seberapa kerap yang boleh

II) Susu Tepung + Air Mineral

Campurkan susu tepung dengan air mineral. Ingat, AIR MINERAL yer, sebab air ni baik untuk kesihatan badan dan kulit. Tepek-tepekkan ke muka seperti anda tepek bedak sejuk tu. Buat pada malam hari. Setelah kering basuh dengan air suam2 kuku. Amalkan 3 kali seminggu

III) Susu + Madu + Putih Telur

Campurkan kesemua bahan di atas, kacau hingga sebati. Sapukan ke muka kecuali kawasan mata dan atas bawah hidung. Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian, bilaslah dengan air bersih. Buat selalu

IV) Limau + Tepung Beras

Picit keluar jus limau nipis dan campurkan ia dengan sedikti tepung beras. Sebatikan ia, barulah disapukan ke muka. Tunggu hingga agak kering, kemudian bilaslah dengan air bersih. Jus limau tadi mungkin akan menyebabkan muka terasa pedih ikit. Kalau tak tahan, guna sedikit sahaja campuran limau tadi. Amalkan petua ni selalu

Labels: , , ,

posted by yatie @ 6:07 PM   0 comments




About Me : Yatie
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Jom Borak!

Menu
Iklan
Petua Terkini
Langgan Petua Secara Percuma Di Sini
Petua Paling Popular Di Blog Ini
Link Yang Mesti Anda Suka Punya!!!
Archives
IKLAN : Produk dan Servis Berkaitan Wanita
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah, Sihat
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Powered by


Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Top Blogs
Blog Listings

Top Health blogs
All-Blogs.net directory


Malaysia Blog Sites Listing
Listed in LS Blogs





TIps Cantik's Community
Windows Shopping