Petua Kecantikan Wanita
 

Add to Technorati Favorites
Tuesday, May 27, 2008
Petua Merawat Jerawat


Gunakan bawang putih kerana bahan putih bersifat antiseptik.

Caranya, mula-mula kena hancurkan 1 ulas bawang putih, kemudian, tambahkan 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh jus carrot. Kemudian campurkan bahan ini dengan telur putih dari sebiji telur ayam yang telah dipukul terlebih dahulu sehingga kembang. Pukul kesemua campuran bahan hingga sebati

Jadikan bahan ini sebagai masker dengan menyapukannya ke bahagian yang ada jerawat. Biarkan sehingga kering, then basuh dengan air bersih

Petua ini dapat menghilangkan jerawat dengan cepat dan tidak menyakitkan

Labels:

posted by yatie @ 12:47 AM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Wednesday, May 21, 2008
Jus Pegaga Untuk Kesihatan dan Kecantikan


Saya ingin berkongsi satu tips kesihatan dan kecantikan dengan anda semua hari ini. Uniknya tips hari ini bukan dibuat sendiri tetapi ini khasiat daripada Jus Asiatica dari HPA. Produk ni saya dah ambil 2 botol. Alhamdulillah semenjak mengamalkan jus ni, saya lebih mudah ke tandas. Bila lebih mudah ke tandas, perut mula terasa nyaman dan fit.

Saya memang dari dulu tak pernah mengalami sembelit. Tetapi sejak meminum jus ini, di samping lebih mudah ke tandas, badan juga terasa lebih ringan dan lebih bertenaga. Wajah pun kelihatan lebih berseri. Alhamdulillah, syukur.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk keluaran HPA ini, anda kenalah mendapatkannya sendiri kerana saya bukan pengedarnya (masih belum lagi setakat ni). Saya cuma pengguna sahaja. Tapi disebabkan saya ada blog petua kecantikan, so rasanya moleklah jika saya berkongsi perkara tersebut di sini. Dengan harapan ianya dapat memberikan manfaat kepada anda semua para pembaca yang saya sayangi.

OOppss, by the way, kalau nk tengok dan beli produk tu, saya ada terjumpa websitenya kat sini:

http://www.hpa.com.my/mal.php?page=senaraiproduk

Lagi satu, harga produk tu cuma RM 12 harga pengedar dan RM 15 harga pengguna.

Labels: , , ,

posted by yatie @ 6:16 PM   1 comments
Add to Technorati Favorites
Wednesday, May 14, 2008
Melembut dan Melembabkan Rambut


Golongan Wanita Melayu selalu menggunakan santan untuk membantu mereka melebat dan menghitamkan rambut. Mak saya pada zaman mudanya dahulu selalu gunakan santan kelapa untuk melembabkan rambutnya. Hasilnya walaupun mak saya dah berumur 65 tahun namun rambutya masih lagi hitam berkilat. Nak cari uban, rasanya adalah dalam 3 urat rambut pun susah nak cari yang putih beruban. Bila tak memakai tudung, orang selalu tak percaya dengan umurnya tu.

Jadi, walaupun kita kebanyakannya dah tahu kebaikan santan kelapa dan rasa tak nak amalkan, cubalah fikir balik. Ianya memang sangat bermanfaat. Saya dah ada buktinya yang sangat dekat dengan saya, mak saya sendiri.

Di sini juga saya masukkan satu lagi petua tambahan untuk santan iaitu campuran santan dan asam jawa. Caranya adalah dengan mencampurkan santan dengan asam jawa dan biarkan campuran itu sebati selama 10-20 minit. Kemudian buatlah seperti biasa sama seperti anda memakaikan santan ke rambut anda.

Labels: , , ,

posted by yatie @ 11:21 PM   0 comments




About Me : Yatie
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Jom Borak!

Menu
Iklan
Petua Terkini
Langgan Petua Secara Percuma Di Sini
Petua Paling Popular Di Blog Ini
Link Yang Mesti Anda Suka Punya!!!
Archives
IKLAN : Produk dan Servis Berkaitan Wanita
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah, Sihat
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Powered by


Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Top Blogs
Blog Listings

Top Health blogs
All-Blogs.net directory


Malaysia Blog Sites Listing
Listed in LS Blogs





TIps Cantik's Community
Windows Shopping