Petua Kecantikan Wanita
 

Add to Technorati Favorites
Thursday, June 19, 2008
Mengecutkan Jerawat dan Menegangkan Kulit Wajah


Petua ini menggunakan limau nipis.

Mula-mula kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian potong nipis buah limau nipis tersebut. Gosok-gosokkan ke seluruh wajah, kemudian biarkan sehingga kering.

Lakukan petua ini 4 kali dalam seminggu. Selalulah amalkan, Insyaallah jerawat pada wajah akan hilang dan muka anda juga akan menjadi bertambah licin mulus dan cantik. ;)

Labels: ,

posted by yatie @ 12:13 AM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Tuesday, June 10, 2008
Pembersih Wajah Semulajadi


Nak cantik sebenarnya tak susah, tak perlu belanja banyak pun. Untuk itu di sini saya sediakan beberapa petua untuk membersihkan kulit wajah secara semulajadi. Cobalah...

1) Gunakan susu segar atau serbuk susu yang dibancuh sebagai masker. Ia sesuai untuk membersihkan kulit muka yang kotor

2) Ramuan barli (dikisar), jus lemon/limau nipis (2 sudu teh) dan sedikit susu segar. campurkan kesemua bahan dan gunakan sebagai masker. Di samping membersihkan wajah, ramuan ini sangat baik untuk peredaran darah

3) Untuk membersihkan pori tersumbat :
Gunakan kacang almond. Masukkan almond ke dalam periuk, then masukkan boiling
water.
Rendam sehingga keluar kulit almond tu. Kemudian asingkan isi dari kulitnya.
Keringkan isi almond tadi guna oven, kemudian kisar halus. Simpan ke dalam peti
ais. Bila nk guna, ambil sedikit sahaja, kemudian basahkan tangan dan muka sebelum
gosokkan almond tadi ke kulit wajah. Keringkan dan wallahhh! Kulit terasa
halussssss dan licin. Insyaallah

Labels: , ,

posted by yatie @ 10:57 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Wednesday, June 4, 2008
Harga Minyak Naik! 78 sen!


Aduh!! Saya dah tak boleh menulis topik berkaitan petua pada hari ini kerana asyik memikirkan cara-cara mengatasi masalah yang bakal dihadapi kesan kenaikan harga minyak. Pasti harga barang-barang keperluan akan meningkat naik selepas ini!

Ini bukan kira nak hidup bermewah dah ni. Ini berkira untuk survive ni. How to survive? Kalau sebelum ni pun saving "bocor" sana sini, inikan pula sekarang. Waduh waduh!

Kenaikan harga minyak pada kali ini adalah paling tinggi dalam sejarah. Harga naik sehingga RM 2.70 seliter bagi petrol dan RM 2.58 seliter bagi diesel. Tinggi, memang sangat tinggi. Mampukah nanti pemilik lori yang menghantar sayur membiayai kenaikan harga minyak ni? Mampukah nanti pemilik lori beras membiayai kenaikan harga minyak ni? Mampukah pemilik bot menangkap ikan nanti membiayai kenaikan harga diesel ni? So, kalau tak mampu nak buat macam mana lagi selain menjual barang-barang tersebut dengan harga lebih mahal berbanding sekarang? Sama-samalah kita fikirkan dan cari jalan penyelesaian siap-siap.

Siapa-siapa yang bercita-cita nak beli kereta, nak tukar kereta, kena juga fikir-fikirkan. Mampukah "membela" kereta tu nanti? Atau bolehkah kita mengehadkan penggunaannya nanti? Macam lawak lak. Beli kereta then letak kat bawah bumbung garaj. Kekekeke. Apa nak buat? Kereta makan minyak. Nak beli sang Kancil lak, family besar. Macam mana? Hmmm.. Nampaknya selepas ni kalau ada pengeluar kereta yang nak mengeluarkan model baru, kenalah pastikan yang model kereta tersebut betul-betul mampu di'biayai' oleh pengguna. Kalau boleh buat model yang save minyk, lagilahhh mudah jual.

Pengeluar dan pengedar produk kosmetk pun akan menghadapi kesan besar hasil kenaikan minyak ini. Apa nak buat, semua benda, bahan, promosi perlu 'bergerak'. Nak bergerak perlukan kereta. Kereta pula perlu isi minyak, baru boleh jalan. So, macam mana tu? FIkir-fikirkanlah sendiri...

Jadi seruan saya, bagi mereka yang betul-betul mahu menjaga kecantikan diri, tapi 'fulus' pulak jadi halangan, sama-samalah kita 'tukar' kosmetik kita kepada yang mudah, murah atau 'free of charge' terus. Gunalah bahan semulajadi yang boleh kita ambil kat rumah sahaja.Syampu gantikan dengan limau purut, cuci muka gantikan dengan beras pulut atau parutan lobak merah, pelembab gantikan dengan susu, nak cerahkan muka gantikan dengan lobak merah atau beras pulut, nak tegangkan kulit muka licinkan kulit muka gunakanlah telur putih. Tak payah pakai bedak mahal, pakai ajer bedak sejuk. Murah dan SEJUKKKK!!! Hehehehe...

Akhir kata, sama-samalah kita berfikir dan mencari alternatif lain ke arah meningkatkan taraf hidup yang semakin menurun ini. Semoga Allah bersama-sama dengan kita. Amin...

Labels: , , ,

posted by yatie @ 5:38 PM   0 comments
Add to Technorati Favorites
Tuesday, June 3, 2008
Mengatasi Rambut Kering dan Mengerbang


Pernahkah anda rasa seperti hantu dengan rambut yang mengerbang? hehehe..Saya tak pernah. Tapi saya masukkan petua ni sebab ia bukan saja untuk mereka yang mengalami mslh rambut mengerbang, tapi juga sesuai untuk mengatasi masalah rambut yang kering.

Petua :

Gunakan kuning telur. Pukul 2 kuning telur bersama dengan 1/4 cawan air suam. Apply campuran bahan-bahan ini atas rambut dan biarkan selama 30 min sehingga 1 jam untuk memberikan ruang kepada rambut untuk menyerap semua kebaikan bahan-bahan tadi.

Semasa tempoh ini, anda perlu tutup rambut dengan tuala. Selepas selesai tempoh 30 minit atau 1 jam tersebut, cuci rambut dengan air suam-suam kuku. Sambil cuci rambut tu, gosok-gosokkan rambut dengan jari. Anda perlu basuh dengen teliti untuk mengelakkan bau telur tersebut. Jangan guna syampu lagi. Habis.......

Selamat Mencuba

Labels: , ,

posted by yatie @ 8:45 PM   0 comments




About Me : Yatie
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Jom Borak!

Menu
Iklan
Petua Terkini
Langgan Petua Secara Percuma Di Sini
Petua Paling Popular Di Blog Ini
Link Yang Mesti Anda Suka Punya!!!
Archives
IKLAN : Produk dan Servis Berkaitan Wanita
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah, Sihat
SEWA RUANG IKLAN DI SINI. KLIK
Powered by


Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Top Blogs
Blog Listings

Top Health blogs
All-Blogs.net directory


Malaysia Blog Sites Listing
Listed in LS Blogs





TIps Cantik's Community
Windows Shopping