Nak cantik sebenarnya tak susah, tak perlu belanja banyak pun. Untuk itu di sini saya sediakan beberapa petua untuk membersihkan kulit wajah secara semulajadi. Cobalah...
1) Gunakan susu segar atau serbuk susu yang dibancuh sebagai masker. Ia sesuai untuk membersihkan kulit muka yang kotor
2) Ramuan barli (dikisar), jus lemon/limau nipis (2 sudu teh) dan sedikit susu segar. campurkan kesemua bahan dan gunakan sebagai masker. Di samping membersihkan wajah, ramuan ini sangat baik untuk peredaran darah
3) Untuk membersihkan pori tersumbat : Gunakan kacang almond. Masukkan almond ke dalam periuk, then masukkan boiling water. Rendam sehingga keluar kulit almond tu. Kemudian asingkan isi dari kulitnya. Keringkan isi almond tadi guna oven, kemudian kisar halus. Simpan ke dalam peti ais. Bila nk guna, ambil sedikit sahaja, kemudian basahkan tangan dan muka sebelum gosokkan almond tadi ke kulit wajah. Keringkan dan wallahhh! Kulit terasa halussssss dan licin. Insyaallah
Yogurt : Menggebukan kulit, Menghindarkan Jerawat dan Melangsingkan Badan
Anda suka yogurt? Anda perlu suka yogurt selepas ini kerana yogurt dapat menjadikan wajah anda cerah dan gebu.
Bukan fakta, tapi ini berdasarkan pengalaman seorang kawan saya (pangkat kakak la) yang kini berusia 41 tahun. Dia pernah mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat (masalah jerawat yang tak serius). Bermacam produk menghilangkan jerawat yang dia pakai namun kurang menampakkan hasil yang dia inginkan.
Tapi beberapa bulan kebelakangan ini, saya nampak kulit dia begitu gebu. Dia pula dalam kategori orang berkulit cerah. Cerah+Gebu, nampak dia cantik sangatttt. Saya tanya la apa lagi produk yang dia pakai. Jawabnya, 'akak tak pakai produk baru apapun,cuma sekarang ni akak selalu ambil yogurt dan selalu minum air mineral'. OOhhh itu rahsianya. Mudah jer, makan jer eik...Hmmmm...semenjak hari itu, saya pun semakin rajin mengambil yogurt dan banyakkan minum air mineral dalam diet seharian.
Tak salah mencuba kan? Lagipun, menurut sebuah majalah kesihatan yang saya baca, wanita yang memakan yogurt setiap hari dapat melangsingkan bahagian perutnya dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambil yogurt.
Masker Untuk Mencerahkan, Menegang dan Melicinkan Kulit Wajah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya nak masukkan tips membuat masker khas untuk mencerah, melicin, menegang dan menghaluskan kulit wajah.
Bahan-bahan :
1) 1 sudu besar beras pulut yang telah digoreng (tanpa minyak) dan dikisar halus 2) 1 sudu besar susu tepung 3) 1/2 sudu besar madu 4) Telur putih daripada sebiji telur 5) Sedikit perahan limau nipis @ limau kasturi
Cara Penyediaan :
Campurkan ajer kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Pastikan masker yang anda buat itu tidak terlalu keras atau tidak terlalu cair. Kalau terlalu keras, lebihkan putih telur, kalau terlalu cair, tambahkan beras pulut dan susu tepung.
Cara Pemakaian :
Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Selepas itu, sapukan masker tadi dengan menggunakan jari manis dan jari tengah ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Perlu diingatkan, anda mesti menyapukan masker tersebut satu lapisan sahaja ke wajah anda. Jangan double. Sapuan akan menjadi tidak rata jika dibuat lebih daripada sekali. Biarkan ia sehingga kering. Jangan senyum, ketawa atau membuat sebarang mimik muka pada waktu ini. Setelah kering, tanggalkan perlahan-lahan masker tersebut menggunakan air suam-suam kuku. Masker ini akan melekat dengan agak kuat ke kulit wajah anda. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda berhati-hati semasa menanggalkannya. Buat perlahan-lahan sehingga semunya tanggal.
HASILNYA!!!
WOW! Saya dapat melihat wajah saya yang berseri-seri, terasa tegang dan licin sebaik sahaja masker ditanggalkan. Betul! Tak caya cubalah buat sendiri. Ooops terlupa pula. Waktu pemakaian masker adalah pada waktu malam atau pagi dan dibuat seminggu sekali sahaja. Jangan terlebih pakai lak. Ok, Selamat Mencuba.......
Kosmetik pemutih wajah melambak di pasaran sekarang ini. Dengan pelbagai slogan dan janji, pasti susah untuk memilih produk mana yang paling sesuai dengan kulit kita.
Apa kata cuba cara semulajadi ini untuk menjadikan kulit putih, cantik dan berseri-seri.
Ramuan yang diperlukan :
Sebiji buah tomato masak
250 ml susu cair
Air secukupnya
Cara-cara
1. Kisar buah tomato yang telah dipotong kecil
2. Setelah separuh halus, tambahkan sedikit air
3. Tapis jus tomato yang telah dikisar tadi untuk membuang hampasnya
4. Campurkan susu ke dalam jus tomato yang telah dibuang hampasnya tadi. Kacau rata
5. Masukkan ke dalam botol kecil dan kemudian simpan ke dalam peti ais anda
Cara Pemakaian :
Sapukan ramuan pada wajah dan leher dengan kapas dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bersihkan seperti biasa dengan air.
Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)
Petua Pertama :
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.
Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.
Petua Kedua :
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.
Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).
Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.
Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.
Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.
*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.
Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah,
Sihat