Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :
Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.
Seperti yang saya katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup (ikut pengalaman sayalah). Saya menanam tumbuh-tumbuhan ini dalam pasu sahaja. Bagi tumbuh-tumbuhan yang susah hidup pula, saya nasihatkan dapatkan pandangan pakar dalam bidang ini untuk membolehkan anda menanam tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat baik kepada kesihatan mahupun kecantikan anda.
Prinsip kecantikan yang saya amalkan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikanku" :P
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.
Petua-petua yang dipaparkan di sini saya perolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
Video Senaman Mudah Untuk Wanita
Tonton dan ikut langkah-langkah senaman mudah (yoga, aerobik dan lain-lain). Cepat! Kini anda boleh bersenam walaupun semasa berada di depan PC Mudah,
Sihat